Saturday 1 October 2011

Fokus Penjagaan Kesihatan Diri



PENJAGAAN kesihatan diri bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh setiap orang namun tidak ramai yang begitu menitikberatkan soal penjagaan kesihatan diri masing-masing seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit.
Demikian kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh di hadapan peserta yang menghadiri Sambutan Hari Wanita Desa Peringkat Negeri Sabah baru-baru ini. Kita mungkin nampak isu kesihatan ini sebagai satu perkara remeh namun untuk pengetahuan semua kesihatan adalah penting khususnya kesihatan tubuh dan minda.
Bagi kaum wanita, barah payu dara adalah penyakit yang paling ditakuti kerana ianya merupakan pembunuh utama wanita malah mereka yang menghidapi barah ini khususnya pada peringkat serius akan berakhir dengan kematian. Menyedari tentang perkara ini, kita di pihak ANGKASA telah menganjurkan sambutan Hari Wanita Desa dengan memfokuskan tentang subjek kesihatan.
Beliau menegaskan bahawa peserta perlu memanfaatkan sebaik mungkin segala maklumat yang disampaikan melalui pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi JPN Sarawak, Dr. Wan Ali Tuanku Madhi dan penceramah jemputan dari Jabatan Kesihatan Sabah.
Berucap di hadapan peserta, Datuk Hajah Noraini turut mengingatkan mereka untuk sentiasa mengikuti apa jua bentuk program pendidikan dan seumpamanya yang dianjurkan oleh ANGKASA kerana melalui program sebegini peserta dapat menimba ilmu dan pengetahuan seterusnya dapat memajukan diri dan koperasi masing-masing di masa hadapan.
Pada masa yang sama juga, beliau menyatakan bahawa penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi adalah kecil dan yang lebih serius, wanita paling ramai menyumbang dalam pembangunan ekonomi sedangkan penglibatan mereka dalam jawatan penting amat kecil. Kita perlu mengubah keadaan ini agar wanita mampu berada seiring atau setaraf dengan lelaki dalam apa juga bidang ekonomi dan bidang kegiatan lain yang diceburi.
Sambutan Hari Wanita Desa, Sabah yang diadakan di Hotel Tang Dynasty pada 19 Januari 2008, merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh ANGKASA di peringkat negeri Sabah. Seramai 78 orang peserta telah mengikuti program yang dianjurkan ini yang berlangsung selama setengah hari.
Dua isu telah ditekankan dalam majlis Sambutan Hari Wanita Desa peringkat negeri Sabah ini iaitu tentang penjagaan kesihatan yang disampaikan oleh Pengerusi JPN Sarawak, Dr. Wan Ali Tuanku Madhi dan mengenai barah payu dara penceramah dari Jabatan Kesihatan Sabah. Banyak maklumat dapat diperoleh melalui pembentangan dua kertas kerja ini terutamanya dan bagaimana untuk mengesan serta mengatasinya.
Tempoh satu jam telah diperuntukkan dalam sesi dialog yang menyentuh tentang peranan koperasi dalam menjamin kesihatan anggota. Pelbagai pertanyaan dan pandangan telah diajukan oleh peserta mengenai penjagaan kesihatan, kaedah yang terbaik serta berkesan untuk mengatasinya.


Tekan Like ok;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...