Saturday 1 October 2011

Senam Pagi

Menurut saintis dari Pusat Kajian Kanser Fred Hutchinson, Amerika, pastikan anda melakukan senaman di waktu pagi untuk mendapatkan kesempurnaan tidur di malam hari. Dalam kajian ini, mereka mendapati bahawa sekumpulan wanita (subjek kajian) dikehendaki melakukan senaman setiap pagi selepas bangun dari tidur selama 45 minit. Kesannya, mereka telah berjaya memperbaiki kualiti tidur sebanyak 70 peratus. Jika anda tidak mampu bersenam terlalu lama kerana kesuntukan masa, 15 minit sahaja sudah memadai. Aktiviti kecerdasan di waktu pagi juga akan membantu tubuh anda kembali bertenaga.Tekan Like ok;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...